Rasulullah SAW bersabda: “Lima waktu tidak ditolak sesuatu doa itu iaitu pada malam Jumaat, malam 10 Muharam, malam Nisfu Syaaban, malam Aidilfitri dan malam Aidiladha.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Doa Hari Asyura dibaca pada hari ke – 10 Muharram, sebaik-baiknya sesudah melakukan ‘Solat Sunat Asyura’ iaitu selepas Solat Ba’diyah Maghrib atau Solat Ba’diyah Isyak. Doa Hari Asyura ini hendaklah didahului dengan bacaan ‘Kalimat Hasbiyallah’:
Sayyid Muhammad Qautsullah berkata dalam kitabnya Al-Jawahir: “Sesiapa yang membaca‘Hasbiyallahu wa nik mal wakil nikmal maula wa nikmal nashiir’ (Cukuplah Dikau tempatku berpegang. Dikau sebaik-baik tempatku berpegang dan tempatku meminta pertolongan) sebanyak 70 X pada hari Asyura kemudian membaca doa berikut, maka Allah tidak dimatikannya pada tahun itu tetapi bila ajalnya sampai pada tahun itu, tidaklah ia diberi taufiq membacanya.”
Doa Asyura
Semoga Allah SWT melimpahkan rahmat dan kurnia-Nya kepada kita agar dapat memuliakan kedatangan Hari Asyura pada 10 Muharram dengan membaca dan mengamalkan doa di atas yang telah menjadi kebiasaan para solihin terdahulu.
Source : http://anangagroup.blogspot.co.id/2015/10/bacaan-doa-di-hari-asyura.html

0 komentar:
Posting Komentar